NAK CANTIK? LIKE!

Showing posts with label tips diet. Show all posts
Showing posts with label tips diet. Show all posts

Sunday, 13 December 2015

10 Tips Kurus Semasa Makan Kenduri




Azam nak kurus tapi terhalang sebab hujung tahun banyak kenduri.


Oh kenduri bukan penghalang untuk kurus ya?

Jangan cari alasan.

Jemputan wajib dipenuhi tapi misi menurunkan berat badan juga

boleh diteruskan  walaupun hadir kenduri kendara.


Ada beberapa Tips Kurus Semasa Makan Kenduri.

Semoga bermanfaat ya!

=========================================

1. Jangan Skip Sarapan pagi.

Mentang2 tengahari nak makan kenduri,

skip sarapan atas sebab tengahari nak makan lagi.

Ingat! Skip Sarapan boleh menggemukkan anda tau.

=========================================

2. Jika kenduri itu agak jauh dari rumah anda pastikan

alas perut dulu sebelum pergi kenduri.

Ambil snek ringan seperti buah atau roti gandum supaya tidak terlalu lapar. 

=========================================

3. Ikut portion makanan seimbang.
Jangan makan macam tak makan 10 tahun ya.

=========================================

4. Pilih nasi putih jika ada pilihan selain nasi minyak.

=========================================

5. Elakkan makan daging, pilih hidangan ayam
dan sedikit kuah.

=========================================

6. Penuhkan pinggan dengan sayur dan buah..

makan ini dulu sebelum makan nasi.

=========================================

7. Elakkan minum air manis.

Untuk lebih selamat bawa air mineral dalam
botol kecil dan simpan dalam handbag
kalau tempat kenduri tak sediakan air mineral. 

=========================================

8. Elakkan makan dessert yang manis.

Jika teringin ambil pada kuantiti yg sedikit atau berkongsi.

=========================================

9. Jika terdapat lebih dari 1 kenduri pada hari yang sama,

makan sedikit untuk setiap kenduri dan kurangkan nasi. 

=========================================

10. Makan perlahan2 dan enjoy makanan anda.

Otak kita ambil masa 20 minit
untuk beritahu kita sudah kenyang. 

=========================================

Tak salah sekali sekala menjamu selera.
Tapi diet kena balance.

Selamat Makan Kenduri!!!

=========================================

Tips Kempis Perut ---> KLIK

Sunday, 23 August 2015

‎Tips‬ ‪‎kempiskan perut‬ dengan ‪‎asam keping‬



-Ambil satu atau 2 keping asam keping dan masukkan ke dalam segelas air panas..

-Biar beberapa jam sehingga asam keping menjadi kembang & air menjadi suam..

-Minum setiap pagi dan malam.

-Jika di amalkan selalu insyaalah perut yang buncit akan berkurangan.

SELAMAT MENCUBA

Friday, 31 July 2015

PUNCA & CARA ELAK PERUT GELEBER


Tips - Punca perut geleber

Pegang pada tempat yang terlebih isi, cuba tengok lembik atau pejal...

Biasa masalah paling besar di bahagian perut - lembik dan geleber...

Salah 1 punca perut jadi geleber dan lembik adalah bila makan
suka berulam minum air - air manis dan berais...

Jadi kesan yang dapat adalah perut geleber...

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Tips Elak Perut Geleber

Elakkan masa makan sambil berulam air terutama minuman sejuk dan manis..

Sekurang2nya setengah jam lepas makan baru minum air..
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

P/S: Bagi yang sedang mengalami masalah tersebut,
sapu Miracle Body Lotion 2x sehari..


Friday, 10 April 2015

Mudah hilang ingatan jika perut buncit



Opppsss!!!

Tak apa, setiap masalah mesti ada jalan penyelesaiannya...
😊
Yang penting ia harus diatasi segera...


Saturday, 29 November 2014

Rahsia Jessica kekal ramping


Dan Jessica Alba menghabiskan hari terakhir pada usia 31 tahun berseronok dengan seorang teman di kediaman mereka di Santa Monica.

Ibu dua anak yang bergaya itu mengikat rambutnya dan berpakaian dengan selesa mengenakan blaus putih, jeans biru lapuk dan but coklat.

Ibu dan usahawan yang jelita itu turut membawa kunci, termos, buku besar dan dua beg sandang.

Yang tidak kelihatan kelmarin ialah suami Jessica, Cash Warren dan dua anak perempuan mereka - Haven yang berusia setahun dan Honor, 4.

Awal minggu ini, Jessica mendedahkan rahsia pinggangnya yang ramping selepas melahirkan anak.

“Saya memakai dua lapis korset siang dan malam selama tiga bulan. Ia memang berpeluh tetapi berbaloi,” akuinya kepada Net-A-Porter. 


“Ia memang kejam; bukan untuk setiap orang.”

Jelitawan berambut coklat itu mempunyai dua filem tahun ini - Sin City: A Dame to Kill For pada 4 Oktober dan Machete Kills pada 31 Julai.

“Saya baru selesai menjalani penggambaran filem paling baik yang pernah saya lakonkan.” katanya merujuk kepada wataknya sebagai Nancy Callahan dalam Sin City.

“Ia bertentangan dengan apa yang saya lakukan di rumah. Pendekatan saya dalam lakonan sekarang sangat berbeza - saya tidak lagi takut kerana saya tidak rugi apa-apa. Sebelum ada anak seluruh identiti saya bergantung kepada keputusan yang dibuat - kini, saya tidak peduli.”

“Ia boleh menjadi timbunan sampah dan anda mungkin merasakan ia perkara terburuk yang anda lihat, tetapi saya masih mengalami pengalaman terbaik.”

Filem aksi itu turut menampilkan bintang lain seperti Joseph Gordon-Levitt, Bruce Willis, Rosario Dawson dan Mickey Rourke.

Jessica turut muncul dalam filem komedi tahun ini A.C.O.D bersama Amy Poehler, Adam Scott dan Jane Lynch.

Awal bulan ini, Jessica seronok bercuti bersama suami dan anak-anaknya di St Barts.

“Ia adalah percutian pertama kami dalam tempoh enam tahun yang bukan percutian dalam tugasan.

“Saya tidak menyedari betapa pentingnya ia hingga apabila kami tiba di rumah dan saya mengatakan: “Kami saling menyukai, kami memang benar-benar teman baik.”

“Saya tahu kami ingin selalu bersama setiap hari dan kami telah mempunyai dua anak yang menjadi kesayangan saya di dunia, tetapi menghabiskan masa sesama kami anak-beranak ia sangat indah. Kami berdua membuat pilihan yang tepat.”

Sumber My Metro

Jom kita berkorset agar kekal ramping walau sudah beranak pinak.
Tak percaya?
Untuk testimoni - KLIK


Sunday, 23 November 2014

Minum air ikut berat badan



    Jangan minum air berlebihan nanti 'seksa' buah pinggang..
    Minum ikut kesesuaian berat badan kita..

    Berat 25kg untuk 1liter air..

    Kalau berat 50kg minum 2liter air..
    Lebih sikit tak apa, ikut aktiviti yang kita lakukan..


    Tapi minum air masak saja tau..
    Baru berat badan cepat turun..

3 PETUA ELAK GEMUK

1. MANDI SEBELUM SUBUH
Menurut kajian sains, kandungan gas ozon pada waktu pagi lebih tinggi dari waktu lain. oleh itu, gas ozon ini juga amat penting untuk tubuh badan anda. jika anda mandi sebelum waktu subuh, ia bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan anda. antara manfaatnya ialah :

1. Kulit lebih lembut dan halus.
pada waktu pagi selalunya anda akan memasang “water heater” untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. selepas ini, jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.

2. Melancarkan peredaran darah
jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.

3. Meningkatkan kesuburan
kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.

4. Mengurangkan risiko darah tinggi
untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.

5. Mengurangkan tekanan serta tenang
air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik utk anda menghilangkannya. oleh itu, ubahlah tabiat kpd mandi pagi sebelum subuh.

6. Meningkatkan sel darah putih
mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit.


2. AMALKAN PENGAMBILAN MINYAK ZAITUN

1. Menggalakkan kesihatan jantung
Minyak zaitun adalah sebuah khazanah lemak monotaktepu dan antioksidan yang mengurangkan tahap LDL (buruk) kolesterol. Jadi ia melindungi diri kita terhadap penyakit kardiovaskular dan masalah jantung yang lain. Ia juga menghalang lemak tersumbat dalam arteri dan mengurangkan risiko serangan jantung.

2. Mengurangkan risiko kanser

Minyak zaitun kaya dengan polifenol yang bekerja sebagai antioksidan juga mempunyai ciri-ciri anti-radang. Hasilnya, ia membantu untuk mengurangkan risiko tekanan oksidatif dan keradangan kronik dalam sel-sel. Kajian mendapati, minyak zaitun dapat mengurangkan risiko kanser payudara. Ia juga membantu dalam mengurangkan risiko kanser saluran pernafasan dan saluran penghadaman.

3. Mengawal paras gula dalam darah

Minyak zaitun kaya dengan lemak monotaktepu yang menggalakkan tahap insulin yang sihat. Hasilnya, minyak zaitun membantu untuk mengekalkan paras gula darah. Ia biasanya disyorkan oleh doktor untuk orang yang mengidap penyakit kencing manis jenis 2 dan pesakit diabetes yang mempunyai risiko penyakit jantung.

4. Mempunyai ciri-ciri anti-radang

Seperti yang disebutkan tadi, minyak zaitun mempunyai ciri-ciri anti-radang yang memastikan bahawa membran sel tinggal cecair dan dapat menggerakkan nutrien yang sihat ke dalam sel dan membuang bahan buangan keluar. Ini membantu untuk mengurangkan risiko arthritis dan asma.

5. Membantu untuk mengurangkan lemak

Minyak zaitun tidak mengandungi banyak lemak tepu tetapi ia tidak mengandungi apa-apa jumlah lemak tepu, yang dikenali untuk menambah lapisan dan lapisan lemak yang tidak sihat kepada badan anda. Oleh itu, dengan memasukkan minyak zaitun untuk diet biasa anda, anda boleh kehilangan lemak badan yang berlebihan, walaupun jika anda tidak melakukan aktiviti fizikal yang banyak.

6. Menggalakkan pembentukan tulang yang sihat

Minyak zaitun mempunyai sejumlah besar oleates yang berkhidmat untuk menggalakkan kalsifikasi tulang dan mineral. Hasilnya, ia adalah makanan penting bagi bayi serta orang-orang tua, yang mengalami osteoporosis.

7. Menggalakkan kebolehan kognitif

Kajian mendedahkan, minyak zaitun mempunyai keupayaan untuk menggalakkan perkembangan otak. Ia juga telah mendapati bahawa tempat di mana orang membuat minyak zaitun, kurang cenderung untuk mempunyai demensia.

8. Membantu sistem penghadaman

Minyak zaitun dikenali untuk mengubati ulser, sembelit dan jangkitan dalam saluran penghadaman. Ciri-ciri anti-radang yang membantu dalam menyembuhkan isu pundi hempedu dan jangkitan saluran kencing juga.

9. Melambatkan proses penuaan

Minyak zaitun kaya dengan antioksidan seperti vitamin E dan K. Ia juga mempunyai polifenol yang melambatkan proses penuaan. Asid lemak menjadikannya arteri lembut dan meningkatkan kelembapan kulit. Oleh itu, ia sering dirujuk sebagai ‘minyak kecantikan’.

10. Meningkatkan imuniti badan

Minyak zaitun mempunyai ciri-ciri anti-radang yang membantu melindungi tubuh daripada jangkitan dan menggalakkan penyembuhan tisu. Akibatnya, orang-orang yang mempunyai minyak zaitun secara tetap dikatakan mempunyai kuasa imuniti yang lebih tinggi


3.KURANGKAN PENGAMBILAN MINYAK TEPU


1. Kurangkan makan daging merah.
Daging terutamanya bahagian berlemak seperti tulang rusuk dan bacon mengandungi lemak tepu yang sangat tinggi. Gantikan daging, bacon dan sosej dengan ayam tanpa lemak. Berhati-hati dengan bahagian ayam yang anda makan. Daging ayam seperti di bahagian peha dan kepak adalah lebih banyak kandungan lemak berbanding dengan daging putih di bahagian dada ayam.

2. Gunakan lebih banyak minyak zaitun di dalam masakan.
Minyak zaitun mengandungi lemak tak tepu – polyunsaturated and monounsaturated; yang mana boleh membantu menurunkan kadar kolesterol serta boleh menggantikan lemak tepu dalam masakan anda.

3. Ketahui berapa jumlah lemak yang anda perlukan setiap hari.
Bagi mereka yang mengamalkan 2000 kalori diet, wanita tidak boleh mengambil melebihi 18 gram lemak tepu manakala bagi lelaki tidak boleh melebihi 20 gram lemak tepu. Anda digalakkan makan separuh dada ayam tanpa kulit yang hanya menyumbang 2 gram lemak tepu ke dalam tubuh badan anda.

4. Elakkan makanan beku.
Kebanyakan makanan yang dibekukan ini mengandungi kandungan lemak tepu yang sangat tinggi.

5.Panggang daging yang anda ingin makan.
Jika anda menggoreng sepotong daging, daging itu akan digoreng dengan lemaknya sendiri. Daging tersebut akan menyerap semula lemak dan minyak yang digunakan untuk menggoreng. Sebaliknya, apabila anda memanggang daging, lemak pada daging tersebut akan mengalir keluar dan tidak akan diserap semula.

6.Tambahkan suplemen Omega-3 ke dalam diet harian anda.
Omega-3 adalah sejenis asid lemak yang baik untuk tubuh badan anda yang membantu ‘melawan’ lemak tepu dan kolesterol yang ‘jahat’. Selain itu, Omega-3 ini juga membantu mengawal keradangan di dalam badan, menguatkan jantung, membantu penglihatan yang baik, serta boleh meningkatkan mood anda. Omega-3 ini boleh didapatkan dari sumber beberapa jenis ikan seperti salmon, ikan kembung, tuna, dan sardin. Anda juga boleh membeli kapsul supplemen Omega-3 di pelbagai farmasi dan klinik.

7.Kurangkan pengambilan harian produk tenusu.
Keju mengandungi lemak tepu yang sangat tinggi, sama seperti susu lemak penuh. Apabila anda ingin menggunakan keju dalam makanan, pilih keju yang berasaskan susu rendah lemak. Kepada penggemar air susu pula, cuba beralih kepada susu tepung dari susu lemak penuh.

P/S: Jangan sekali-kali membuang semua lemak dari pemakanan harian anda. Otak dan beberapa organ di dalam badan anda memerlukan sejumlah lemak untuk berfungsi dengan baik.


Saturday, 15 November 2014

Khasiat Timun Membantu Dalam Penurunan berat badan



Khasiat Timun Membantu Dalam Penurunan berat badan dan Penghadaman.

Disebabkan kandungan air yang tinggi dan kalori yang rendah, timun adalah sumber yang ideal untuk orang-orang yang ingin menurunkan berat badan.

Gunakan timun dalam sup dan salad anda.
Boleh juga dijadikan makanan ringan kegemaran anda, anda boleh makan potongan timun yang dicicah dengan yogurt rendah lemak.


Monday, 10 November 2014

TEH HIJAU meningkatkan metabolisme badan



Minum pagi sebelum sarapan..

Elok minum sebelum makan masa perut kosong.

Apabila asid dalam perut dapat maklumat pahit dari teh hijau ini,
ia akan sampaikan pada otak bagi kita kurangkan selera makan.

Boleh juga minum petang tapi nanti susah pula nak tidur malam
sebab metabolisme badan sedang meningkat naik.


Monday, 27 October 2014

Skipping dapat bakar 300 kalori

TAHUKAH ANDA?

Tali skipping dapat bakar 300 kalori dengan main lompat tali selama 30 minit?

Caranya, lompat 5 minit, rehat 1 minit.
Lompat lagi 5 minit, rehat 1 minit, sambung sampai habis 30 minit.
Kalau rajin lagi, buat sampai sejam, jangan pengsan sudah. 

Kalau tak ada tali skipping, jangan guna tali kasut pulak yer..

Tali rapia pun ok..
Janji boleh skipping..

*******

Pakai Korset Ayus Ultraslim dan berskipping lagi ok..

Bakar kalori
Shape tak lari



Tuesday, 21 October 2014

5 SEBAB MENGAPA LELAKI SUKA WANITA KURUS

Sudah menjadi kelaziman, rata-rata kaum lelaki amat mengemari wanita yang bertubuh kurus dan seksi..Hal ini mungkin dipengaruhi oleh model iklan dan artis-artis wanita yang mempunyai bentuk badan kurus dan mengiurkan yang sering membuatkan lelaki sering berfantasi mengenai mereka..Menurut sebuah kaji selidik yang dijalankan baru-baru ini, telah terbukti bahawa sebahagian besar kaum lelaki suka pada wanita berbadan kurus dan dibawah ini merupakan alasan mereka.. 

1. Wanita Kurus Kelihatan Lebih Seksi 

Ketika anda melihat bahagian pinggang ke pinggul, seorang wanita yang kurus akan kelihatan mempunyai rupa ukuran badan (curve) yang sempurna. Semakin sempurna ukuran bentuk badan mereka, mereka akan terlihat lebih seksi. 

2. Wanita Kurus Kelihatan Lebih Seksi Dalam Soal Berpakaian. 

Wanita berbadan kurus akan kelihatan seksi dan mempunyai daya tarikan sensual yang kuat sekiranya mereka mengenakan pakaian yang sesuai. Kaum lelaki suka berdampingan dengan wanita kurus sekiranya wanita tersebut mempunyai payudara yang besar dan mempunyai pinggang yang kecil. 

3. Wanita Kurus Mudah Untuk Diangkat 

Kaum lelaki merasakan wanita berbadan kurus lebih mudah untuk diangkat atau didukung. Ini merupakan salah satu alasan utama kaum lelaki mengapa mereka lebih sukakan wanita kurus, berbanding wanita gemuk. 

4. Wanita Kurus Kelihatan Lebih Langsing. 

Terdapat garis perbezaan antara kurus dan langsing. Wanita yang kurus mempunyai berat badan yang kurang untuk mempamerkan aset mereka seperti payudara dan punggung, manakala, wanita yang langsing mempunyai badan yang sihat dan memiliki ukuran badan yang sempurna seperti seorang model. 

5. Wanita Kurus Lebih Fleksibel Di Tempat Tidur. 

Wanita kurus dan langsing mudah di atur ditempat tidur berbanding wanita gemuk. Jika anda inginkan wanita anda nampak mengancam di tempat tidur, cari lah wanita yang berbadan kurus.



*************************************

Suami lebih sayang jika kita sebagai isteri menjaga keterampilan diri agar sentiasa cantik di mata suami dan juga anak-anak...

Cadangan:
Pakai Korset Ayus ULTRASLIM 8-10 jam sehari..
Boleh pakai bergilir-gilir setiap hari dengan Seluar Dalam Kempis Perut..
Bengkung Mama Ayus juga sesuai di pakai waktu tidur atau sambil-sambil buat kerja/aktiviti di rumah..
Lebih efektif jika guna sekali dengan Miracle Body Lotion yang membantu meransang pembakaran lemak.

SAYANGI DIRI ANDA & JADIKAN DIRI ANDA LEBIH DIHARGAI


Friday, 15 August 2014

PETUA TURUNKAN BERAT BADAN



NAK PETUA TURUNKAN BERAT BADAN?

"Cuba minum minyak zaitun, terutama lepas bangun tidur &  perut masih kosong..InshaaAllah turun, jika nak makan yang berlemak, ambil 1-2 sudu minyak zaitun sebelum makan.
Berat memang turun cepat, rasa lapar berkurang. Kita dah cuba, Alhamdullilah sangat berkesan. Semua org tegur, badan dah susut.
Sekarang kalau makan, dah tak boleh mkn banyak macam dulu, cepat rasa kenyang.
Kalau nak cuba, beli extra virgin olive oil. Kolestrol pun boleh kurang."

Petua dari seorang sahabat di blog..

*Sebenarnya saya pun amalkan 'minum' minyak zaitun nie, pagi bangun tidur dan malam sebelum tidur.

Minyak Zaitun kaya dengan vitamin E, boleh cantikkan kulit jugak..Vitamin E semulajadi..

SELAMAT MENCUBA


Sunday, 3 August 2014

TEH HIJAU membantu menurunkan berat badan



Mengikut kajian minum teh hijau sekurang-kurangnya 2 kali sehari.
Seelok-eloknya minum selepas beberapa jam makan.

Betul ke?
Siapa amalkan teh hijau?
Teh hijau apa yang bagus?


Saturday, 17 May 2014

Tips Elak Perut Buncit



JANGAN MINUM AIS UNTUK ELAK PERUT BUNCIT

*******

Amalan minum minuman sejuk atau berais juga dikatakan
boleh menyebabkan perut mudah buncit.

Oang tua sering berpesan supaya jangan makan berselang dengan minum
kerana ia juga akan menyebabkan perut menjadi buncit.

*******

Kaedah Moden Terkini Untuk Perut Kempis:




Tuesday, 6 May 2014

BERSENAM SEBELUM SARAPAN



Melakukan aktiviti bersenam sebelum menikmati sarapan berupaya membantu
seseorang yang sedang dalam usaha menurunkan berat badan.

Membantu tubuh lebih cepat membakar kalori dan menurunkan risiko pengumpulan lemak di pembuluh darah.

Ini kerana tubuh akan bergantung kepada penghasilan tenaga dari lemak yang

tersimpan dalam tubuh dari malam sebelumnya..

*******

Buat kerja rumah pun salah satu bersenam juga kan!
Tak jadi masalah jika anda memakai korset semasa bersenam.


Korset membantu membentuk tubuh jadi langsing dan cantik menawan.

Sunday, 4 May 2014

KENAPA MATA MENGANTUK SELEPAS MAKAN?




Dalam teory sains mata mengantuk lepas makan sebab semasa dalam
proses pencernaan dan penghadaman memerlukan banyak tenaga..

Jadi oksigen kurang disalurkan ke otak..

Sebab itu terjadinya mengantuk..
Lebih-lebih lagi kalau makanan tu tinggi karbohidratnya, lagi la mengantuk..

*******

P/S: Kurangkan Karbohidrat dalam pemakanan harian kita..

*******

LANGSING CANTIK MENAWAN DENGAN ULTRASLIM