LIKE jika anda suka CANTIK

Tuesday, 14 February 2012

Tips Kuruskan Badan Dengan Buah-buahan


Di musim perayaan, pemakanan betul dan sihat adalah amat penting. Ketika kita menghadiri jamuan rumah terbuka, kita pasti akan makan dengan banyak dan kadang-kala berlebihan.
Dan ini boleh memudaratkan kesihatan tubuh badan kita kerana ia boleh menyebabkan masalah penghadaman.

Jadi tips kuruskan badan adalah dengan pengambilan buah-buahan segar dengan lebih banyak lagi daripada biasa kerana ianya amat kaya dengan antioksidan.

Buah-buahan yang kaya dengan vitamin C dapat membantu tingkatkan sistem imun dalam tubuh badan kita. Terutama sekali buah-buahan yang berwarna merah dan ungu.


Kita juga perlu minum banyak air putih untuk menggantikan kehilangan air dalam badan dan juga menghidrasikan kembali tubuh badan kita. Itu sebabnya kita perlu minum sekurang-kurangnya 6-8 gelas air putih sehari.

Mengamalkan meminum jus buah-buahan segar juga adalah cara yang lazat dan mudah untuk kita mengambilnya. Selain penambahan vitamin dan zat galian yang diperlukan oleh tubuh badan kita.

Kita seharusnya makan sekurang-kurangnya 2 hidangan buah-buahan dan 3 hidangan sayur-sayuran setiap hari sebagai sebahagian daripada diet kita yang sihat. Dan ini adalah mengikut saranan Garis Panduan Diet Malaysia 2010.

Pada setiap musim perayaan, tambahkan lagi buah-buahan dan sayuran-sayuran segar ke dalam pemakanan kita setiap hari. Dan ia dapat menjamin kesihatan tubuh badan kita sepanjang tahun.

Tips Kuruskan Badan & Fakta Buah-buahan:

Limau Mandarin
  • Sebiji limau mandarin mengandungi 85% air dan hanya 64 kalori. Rasanya manis dan sebab inilah ramai yang menggemarinya.
  • Bagi mereka yang ingin menjaga bentuk tubuh badan mereka, limau mandarin adalah snek rendah kalori yang baik untuk kita ambil.
  • Ia juga kaya dengan vitamin C yang dapat membantu pengeluaran kolagen untuk kekalkan keanjalan kulit dan juga mengurangkan kedutan. Dan sekaligus, awet muda :-D
Pisang
  • Sebiji buah pisang pula, dapat bekalkan 35% daripada keperluan vitamin B6 harian kita. Ianya penting untuk membantu tubuh badan kita menghasilkan sel baru yang sihat.
  • Selain itu, pisang juga kaya dengan kalium, iaitu zat galian yang membentuk sebahagian daripada fungsi saraf dan otot tubuh badan kita. Ketika kita bersukan, kalium dapat membantu mencegah kekejangan otot. Itu sebabnya para atlet suka makan pisang waktu mereka berehat.
  • Pisang juga mengandungi sumber penting asid amino yang tak boleh dikeluarkan oleh tubuh badan secara semulajadi. Jadi kita perlu dapatkannya daripada makanan. Asid amino merupakan blok binaan untuk protein dan sebiji pisang dapat membekalkan asid amino penting untuk 3% protein harian kita.
Buah Naga
  • Buah naga dapat membekalkan 2 gram asid lemak tak tepu yang sihat dan baik untuk jantung tubuh badan kita. Ianya dalam bentuk asid lemak lineik dan asid lemak oleik yang terdapat dalam biji buah naga yang kita makan.
  • Satu hidangan buah naga boleh membekalkan 8% zat besi yang membantu kesihatan fungsi sel darah merah yang membawa oksigen ke sel.
  • Beta karotena dan vitamin C dalam buah naga pula adalah antioksidan kuat yang membantu mencegah kerosakan sel berpunca daripada radikal bebas.
  • Buah naga juga kaya dengan serat larut dan tak larut yang membantu mengurangkan kolesterol makanan. Terdapat hasil penyelidikan yang menunjukkan bukti pengurangan sejumlah kolesterol dari tubuh badan, bila buah naga dimakan dalam tempoh 5 minggu.
Epal Merah
  • Epal merah mengandungi beberapa fitokimia penting seperti kuersetin, catechinm phloridzin dan asid klorogenik. Semuanya adalah antioksidan yang kuat. Dan hasil kajian epidemiologi, menunjukkan kejayaan pengurangan risiko sakit jantung, beberapa jenis kanser, asma dan diabetes jenis 2.
  • Epal merah juga kaya dengan serat yang membantu melawaskan perut dan melegakan sembelit.
  • Menurut Kajian Kesihatan Jururawat yang membabitkan 77,000 wanita, menunjukkan risiko kanser di kalangan wanita yang makan sekurang-kurangnya satu hidangan epal merah adalah rendah. Dan hasilnya, kanser paru-paru di kalangan wanita didapati berkurangan 21%.

Limau Tangerin
  • Sebiji limau tangerin boleh membekalkan 39% vitamin C harian kita. Diet yang kaya dengan vitamin C dapat membantu menguatkan sistem imun untuk mengelakkan jangkitan dalam tubuh badan kita.
  • Limau tangerin juga mengandungi vitamin A yang tinggi yang memainkan peranan penting dalam kesihatan selaput mukosa dalam hidung, tekak dan saluran penghadaman kita.
  • Selaput mukosa yang kuat dapat memastikan rintangan yang kuat untuk menentang bakteria dan virus berbahaya.
  • Hesperidin ialah antioksidan yang terdapat dalam limau tangerin. Ia adalah ciri-ciri antikanser, terutama bila ia dimakan sebagai sebahagian daripada diet kita yang sihat dan kaya dengan pelbagai buah-buahan dan sayur-sayuran.
Marilah kita amalkan tips kuruskan badan dan mengambil buah-buahan & sayur-sayuran segar dalam pemakanan sihat kita setiap hari :-)


No comments:

Post a Comment