Metabolisma badan penting untuk menukarkan makanan kepada tenaga sebelum ia menjadi lemak. Ini dapat membantu kita menjadi kurus dan mengelakkan perut buncit. Namun
tidak semua manusia dilahirkan dengan kadar kemampuan metabolisma yang
tinggi. Tetapi tahukah anda yang sebenarnya kita mampu melakukan sesuatu
bagi meningkatkan metabolisma kita?
Mari ikuti panduan yang disediakan di sini untuk anda.
1. Makan makanan pedas atau berempah.
2. Membina otot. Kelebihan bagi yang lebih berotot adalah akan mempunyai
metabolisma yang lebih tinggi dan ini dapat menjadikan kita kurus sekalipun sedang berehat!
3. Bersenam kerana ia mampu meningkatkan metabolisma badan selepas kita
melakukannya. Cara ini terbukti dari dahulu lagi mampu membantu untuk kurus.
4. Ambil protein dalam setiap menu. Protein lebih baik untuk
meningkatkan metabolisma badan berbanding karbohidrat dan lemak dan ia
juga membantu membina jisim otot.
5. Cara kurus yang popular iaitu minum banyak air putih kerana air putih juga mampu meningkatkan metabolisma badan.