NAK CANTIK? LIKE!

Saturday, 24 December 2011

MENGAPA MESTI PAKAI KORSET?


Sejak zaman 1920-an, gadis-gadis di negara barat telah pun mula memakai korset kerana mereka mahukan bentuk tubuh yang cantik ketika memakai pakain. Tidak kurang juga di Malaysia. Jika kita lihat filem-filem Melayu zaman Tan Sri P.Ramlee, heroin filem semuanya memakai korset di dalam baju kebaya mereka. Kalau tidak takkanlah perut mereka sangat ramping dan buah dada sangat tinggi terletak. Saya ada terbaca bahawa ketika Seniwati Sarimah masih muda, pinggangnya hanyalah 19 inci..Macam tak percaya....

Tidak hairanlah sehingga kini, ramai wanita memilih untuk memakai korset.

*Kelebihan Memakai Baju Pembentukan Badan (Corset)
1) Memastikan postur tubuh yang baik
2) Selesa bagi wanita yang mempunyai buah dada yang besar, ia akan membantu menyokong lebihan daging dari bergoyang ketika berjalan atau melompat.
3) Membantu mengecilkan bahagian bawah abdomenyang menggelebeh atau buncit
4) Mengecilkan bahagian peha dan belakang atau bawah lengan

*Keburukan Memakai Korset Yang Tidak Betul
1) Pengsan kerana panas dan tidak selesa akibat pemakaian yang tidak mengikut spesifikasi serta melampaui keperluan tubuh
2) Korset yang lemah dan tidak baik akan menyebabkan kerosakan hati dan bahagian dalam perut
3) Alahan pada kulit yang sensitif

TIPS DIET MENGIKUT JENIS DARAH


Menurut Dr Adamo, ciri khas golongan darah O:

Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain
Mudah mengadaptasi berbagai makanan
Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik
Dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan, sayuran
Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian

Menu diet yang dianjurkan untuk kumpulan darah O:

Sarapan : Dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang
Snek : Teh herba
Makan tengahari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal
Snek : Sepotong kuih
Makan Malam : Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba

Ciri khas individu jenis darah A:

• Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
• Perlu menghindari makanan yang daripada produk susu dan daging
• Dianjurkan menjadi vegetarian atau mengambil makanan berkadar karbohidrat tinggi, namun rendah lemak
• Mengurangkan stres dengan bermeditasi, atau berolahraga
• Cukup beristirehat

Menu diet yang dianjurkan utk darah jenis A:

Sarapan : Air putih dicampur jus limau nipis dan oat
Snek: Jus anggur / kopi
Makan Tengah Hari: Salad dan roti gandum satu potong serta teh herba
Snek: Kuih beras dua potong dan teh hijau
Makan Malam : Pasta tanpa daging campur brokoli, yoghurt dan teh herba

Ciri khas golongan darah B:

• Dianjurkan untuk melakukan diet dengan berbagai-bagai variasi makanan, namun perlu menghadkan pengambilan daging.
• Disarankan mengambil makanan dan minuman berasaskan susu untuk meningkatkan sistem imunisasi badan.
• Olahraga yang sesuai dilakukan adalah berenang, bermain tenis, berjalan kaki dan bermeditasi.
• Untuk mengatasi stres, disarankan memiliki hobi dan aktiviti berasaskan kreativiti.

Pemilik golongan darah B sangat mudah terhadap penyakit berkaitan imunisasi dan serangan virus, mereka disarankan agar mengambil sayuran hijau yang kaya magnesium dalam kuantiti yang banyak.
Makanan yang dianjurkan adalah daging lembu, kambing kibas, arnab, ikan laut, semua produk susu kecuali ‘blue chesse’ dan aiskrim, telur ayam organik dan ayam kampung, minyak zaitun, beras merah, beras putih, makanan berasaskan beras dan buah-buahan.

Manakala makanan yang perlu dikurangkan pengambilannya adalah ayam, ketam, udang, kerang-kerangan, telur puyuh, telur itik, minyak bijan, minyak jagung, minyak biji matahari, minyak kacang tanah, minyak soya, kelapa, santan, soya, kacang tanah, biji bunga matahari, biji labu, bijan, kacang pistacio, tempe, tauhu, kacang merah, makanan berasaskan gandum, mi segera, beras pulut, jagung, lobak, tomato dan jagung.

Menu diet yang dianjurkan utk darah jenis B:
Sarapan: Bijirin dan buah pisang beserta segelas susu tanpa lemak
Snek: Jus anggur
Makan Tengahari: Sepotong dada ayam dan dua potong roti beserta salad dan teh herba
Snek: Jus limau/yogurt dan teh herba
Makan Malam : Sepotong ikan salai, sayur rebus, buah-buahan segar dan teh herba

Ciri khas individu jenis darah AB:

• Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
• Disarankan untuk mengambil makanan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap
• Untuk lebih bertenaga olahraga pada setiap pagi digalakkan

Menu diet yang dianjurkan utk darah jenis AB:
Sarapan : Air limau nipis, jus anggur, roti dua potong beserta satu potong keju
Snek : Yogurt
Makan Tengahari : Dada ayam empat hirisan, salad, dua biji buah plum dan teh herba
Snek: Kek keju dan teh herba
Makan Malam : Omelet dan salad buah serta kopi

Thursday, 15 December 2011

KORSET MEMBENTUK BADAN IDAMAN


MEMILIH pakaian dalam seperti korset sering menimbulkan masalah kepada kebanyakan wanita kerana kadangkala korset yang dibeli tidak sesuai dengan badan, apatah lagi apabila dipakai mendatangkan rasa tidak selesa.

Keadaan ini berlaku mungkin kerana wayar atau tulang yang dijahit pada korset menikam badan apabila anda melakukan pergerakan mudah atau ketika melakukan tugas harian di pejabat mahupun di rumah.

Meskipun tidak ada kesan luka, tetapi tusukan tulang berkenaan pastinya sedikit sebanyak menimbulkan rasa terganggu kala berurusan atau menjalani rutin harian. Justeru memilih dan memahami fungsi korset adalah penting bagi mendapatkan bentuk tubuh dikehendaki.

Pemakaian korset bertujuan untuk menguruskan badan dan untuk memberi bentuk kepada badan dengan melindungi bahagian yang tidak ingin dilihat.

Jangan salah faham mengenai fungsi korset. Apabila memakai korset , berat badan anda mungkin tetap sama tetapi anda akan kelihatan lebih ramping kerana korset membentuk bahagian badan menjadi lebih menarik dan anggun..

Korset sepatutnya selesa apabila dipakai, mudah disarung dan tidak menimbulkan kesan kesakitan kepada pemakai. Bahkan, korset sewajarnya meletakkan pemakai dalam keadaan selesa dan kemas di badan anda.

Korset 1 piece umpamanya dihasilkan daripada fabrik yg lembut, ringan, sejuk dan mudah dipakai. Ia mampu membentuk kontur badan pada lekuk tertentu, menjadikan anda tampak langsing dan menawan.

Korset digunakan bertujuan mengecilkan saiz pinggang , pinggul, perut dan paha selain memantap serta mencantikkan kembali bahagian badan yang sudah kendur. Ia juga memberi kesan ‘push up’ bagi membentuk payudara bulat dan berisi.

Penggunaan korset membantu mengecilkan bentuk badan jika dipakai berterusan selain ia didatangkan satu helai (1 piece), korset ini mudah dipakai.

Korset 1 piece juga tidak akan bergulung kerana ia hanya sehelai dan tidak mempunyai dawai pembentuk. Paling utama, ia direka khusus mempunyai lubang pada bahagian bawah korset sekali gus memudahkan anda membuang air kecil & besar.

Lubang pada fabrik itu juga cukup untuk membolehkan anda membuang air dengan selesa tanpa basah. 

Saturday, 5 November 2011

ARTIS/SELEBRITI YANG GEMAR MEMAKAI KORSET


 IFA RAZIAH & ZARINA ZAINUDIN di antara artis/selebriti yang gemar memakai korset. 
Zarina Zainudin mempunyai sebanyak 30 lebih pasang koleksi korset. Dia memakai korset sejak zaman anak dara lagi...sehingga kini dia memakainya....pendapatnya tentang korset adalah membuatkan badan sentiasa kelihatan 'kemas' dan terbentuk kelansingannya...

Sunday, 30 October 2011

TIPS UNTUK DAPATKAN BENTUK BADAN IDAMAN & BERAT BADAN IDEAL

~Minum sekurang-kurangnya 8 - 12 gelas air sehari
~Diet yang seimbang dengan waktu
pemakanan yang betul dapat membantu anda 
mendapatkan berat badan yang ideal
~Pemakaian korset selama 8 jam sehari setiap hari dapat membantu membentuk & melangsingkan badan yang di idamkan
~Gaya & amalan hidup sihat juga membantu dalam membentuk tubuh yang sihat di samping mengamalkan suplemen-suplemen
yang di perlukan oleh tubuh badan
~Ukur badan anda setiap bulan untuk melihat perubahan 
bentuk badan anda

Saturday, 29 October 2011

PANDUAN MENGUKUR BADAN


Untuk tentukan saiz yang betul, ukurlilit pinggang & punggung di perlukan.
Hendaklah mengukur dengan menggunakan pita ukur dan bukan
mengikut saiz baju/seluar yang dipakai.



Sila berikan UKURAN PINGGANG & PUNGGUNG dengan betul untuk dapatkan saiz korset yang sesuai

Potongan (cutting) setiap korset adalah berlainan

CARA MENCUCI & PENJAGAAN KORSET DENGAN BETUL


> Disarankan cucian tangan & menggunakan shower gel/sabun lembut dengan air bersuhu biasa ketika mencuci. 
> Keringkan di tempat redup dan berangin. 
> Jangan di seterika. 
> Semasa membasuh jangan rendam & memerah hanya gosok dengan tangan/span secara lembut. 
> Jika dijaga dengan baik korset ini akan bertahan lama


CARA PEMAKAIAN KORSET 1 PIECE


Pemakaian bermula dari bawah ke atas. Panty dipakai selepas pemakaian korset. Jadi tak perlu buka korset bila di tandas.


Tuesday, 6 September 2011

KORSET VS BENGKUNG



Pemakaian korset merupakan terapi dalam 
membentuk tubuh badan yang langsing jika memakainya secara berterusan. Seperti pemakaian bengkung dalam pantang yang diamalkan selama 44hari tempoh berpantang @ lebih yang bertujuan untuk mendapatkan bentuk badan seperti asal @ seperti sebelum mengandung. 

Jadi mengapa kita tidak meneruskan pemakaian bengkung supaya badan kita sentiasa langsing??? 

Dengan itu pemakaian korset lagi mudah jika di bandingkan dengan bengkung untuk meneruskan pemakaian korset selepas bengkung. Tapi zaman moden sekarang ini ramai yang menggantikan bengkung kepada korset bagi memudahkan ibu-ibu yang berpantang sendirian.



Dapatkan Tips LANGSING & CANTIK di sini