MEMILIH pakaian dalam seperti korset sering menimbulkan masalah kepada kebanyakan wanita kerana kadangkala korset yang dibeli tidak sesuai dengan badan, apatah lagi apabila dipakai mendatangkan rasa tidak selesa.
Keadaan ini berlaku mungkin kerana wayar atau tulang yang dijahit pada korset menikam badan apabila anda melakukan pergerakan mudah atau ketika melakukan tugas harian di pejabat mahupun di rumah.
Keadaan ini berlaku mungkin kerana wayar atau tulang yang dijahit pada korset menikam badan apabila anda melakukan pergerakan mudah atau ketika melakukan tugas harian di pejabat mahupun di rumah.
Meskipun tidak ada kesan luka, tetapi tusukan tulang berkenaan pastinya sedikit sebanyak menimbulkan rasa terganggu kala berurusan atau menjalani rutin harian. Justeru memilih dan memahami fungsi korset adalah penting bagi mendapatkan bentuk tubuh dikehendaki.
Pemakaian korset bertujuan untuk menguruskan badan dan untuk memberi bentuk kepada badan dengan melindungi bahagian yang tidak ingin dilihat.
Jangan salah faham mengenai fungsi korset. Apabila memakai korset , berat badan anda mungkin tetap sama tetapi anda akan kelihatan lebih ramping kerana korset membentuk bahagian badan menjadi lebih menarik dan anggun..
Korset sepatutnya selesa apabila dipakai, mudah disarung dan tidak menimbulkan kesan kesakitan kepada pemakai. Bahkan, korset sewajarnya meletakkan pemakai dalam keadaan selesa dan kemas di badan anda.
Korset 1 piece umpamanya dihasilkan daripada fabrik yg lembut, ringan, sejuk dan mudah dipakai. Ia mampu membentuk kontur badan pada lekuk tertentu, menjadikan anda tampak langsing dan menawan.
Korset digunakan bertujuan mengecilkan saiz pinggang , pinggul, perut dan paha selain memantap serta mencantikkan kembali bahagian badan yang sudah kendur. Ia juga memberi kesan ‘push up’ bagi membentuk payudara bulat dan berisi.

Penggunaan korset membantu mengecilkan bentuk badan jika dipakai berterusan selain ia didatangkan satu helai (1 piece), korset ini mudah dipakai.
Korset 1 piece juga tidak akan bergulung kerana ia hanya sehelai dan tidak mempunyai dawai pembentuk. Paling utama, ia direka khusus mempunyai lubang pada bahagian bawah korset sekali gus memudahkan anda membuang air kecil & besar.
Lubang pada fabrik itu juga cukup untuk membolehkan anda membuang air dengan selesa tanpa basah.
Lubang pada fabrik itu juga cukup untuk membolehkan anda membuang air dengan selesa tanpa basah.
No comments:
Post a Comment