Khas untuk wanita yang pentingkan kecantikan luaran dan dalaman secara sihat dan selamat
NAK CANTIK? LIKE!
Friday, 6 January 2012
10 TIPS KEMPISKAN PERUT
1. Makan makanan yang betul - Untuk mengempiskan perut kita perlu makan makanan yang seimbang didalam makanan harian kita kerana diet yang betul boleh membuang lemakdi bahagian perut. Makan yang betul sepatutnya mengandungi karbohidrat kompleks, fiber, vitamin dan mineral, “lean protein” , ikan dan teh hijau.
2. Elakkan minuman bergas kerana kandungan gasnya akan berkumpul di dalam perut.
3. Jangan makan sambil berjalan atau sedang melakukan pergerakan besar kerana pada masa yang sama anda turut akan menelan udara. Ini boleh menyebabkan masalah perut kembung.
4. Lupakan sejenak sayur-sayuran seperti kubis dan kubis bunga kerana ia boleh menyebabkan angin dan perut kembung.
5. Cubalah teh pudina, chamomile atau jintan hitam kerana ia baik untuk mengatasi masalah perut kembung.
6. Tinggalkan makanan ringan atau fast food kerana tidak baik untuk kesihatan dan akan membuatkan lemak berkumpul di bahagian perut jika diambil dengan berlebihan. Elakkan mengambil karbohidrat yang diprocess, gula, makan goreng(”deep fried food” ), makanan segera dan apa jua makanan berlemak.
7. Berhenti makan lewat malam, ini adalah kerana lebihan gula yang dimakan semasa makan lewat malam akan ditukar kepada lemak kerana badan tidak boleh membakar lemak semasa kita tidur.
8. Kurangkan minum soda, jus atau minuman bergula kerana ia mengandungi banyak kalori dan akan merosakkan usaha kita untuk mengempiskan perut. Banyakkan minum air kosong atau air mineral.
9. Melakukan latihan kardio dan berat adalah amat penting untuk mengempiskan perut kerana senaman ini dapat membakar kalori lebih banyak dari melakukan senaman perut. Contoh senaman kardio seperti jogging, berjalan. Dan menaiki tangga.
10. Periksalah label produk makanan sebelum membelinya di pasaraya atau di mana2 kedai. Produk yang mengandungi 'sorbitol' atau 'mannitol' perlu dielakkan kerana ia akan mendatangkan kesan laksatif atau dalam erti lain menyebabkan angin dalam perut.
Diharap dengan tip-tip yang diberi dapat membantu anda dalam usaha anda mendapatkan bentuk badan yang di ingini.
SELUAR DALAM MENGEMPISKAN PERUT dapat membantu mengempiskan perut
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment