NAK CANTIK? LIKE!

Tuesday, 3 January 2012

PELIHARALAH BENTUK BADAN ANDA



Mengekalkan bentuk badan adalah penting untuk lelaki dan wanita.  Tetapi ianya lebih penting untuk kaum wanita dek kerana sifat semulajadi wanita yang ingin kelihatan cantik dan menawan.

  1. Jangan menahan lapar - kurangkan makan TETAPI jangan tahan lapar sebab kelaparan akan menggalakkan anda mengambil makanan yang lebih manis especially gula-gula.
  2. Jangan makan secara berlebihan - selalunya orang akan makan bila lapar dan berhenti bila sudah terasa kenyang.  Ini akan mengakibatkan kembung perut.  Sebagai seorang muslim, Nabi s.a.w. menggalakkan kita berhenti makan sebelum kenyang.
  3. Amalkan gaya pemakanan yang sihat - diet yang seimbang mengandungi daging, kanji, sayur-sayuran, buah-buahan dan air akan membantu anda mengekalkan bentuk badan yang menarik dan seimbang.
  4. Bersarapan - sarapan pagi secara konsisten pasti dapat mengekalkan bentuk badan kerana ia mengurangkan selera makan sepanjang hari.
  5. Mengamalkan makan malam yang ringan - kurangkan pengambilan kanji dan lemak yang berlebihan sewaktu makan malam
  6. Minum air kosong - sekurang-kurangnya lapan hingga sepuluh gelas sehari untuk proses penggantian air yang hilang dari badan setiap hari.
  7. Dapatkan masa rehat yang cukup - pemakanan yang seimbang perlu diiringi dengan rehat yang seimbang juga untuk mengelakkan penambahan berat badan.
  8. Pemakaian KORSET secara berterusan - dapat membantu anda mengekalkan bentuk badan.

No comments:

Post a Comment