Metabolisma badan penting untuk menukarkan makanan kepada tenaga sebelum ia menjadi lemak. Ini dapat membantu kita menjadi kurus dan mengelakkan perut buncit. Namun
tidak semua manusia dilahirkan dengan kadar kemampuan metabolisma yang
tinggi. Tetapi tahukah anda yang sebenarnya kita mampu melakukan sesuatu
bagi meningkatkan metabolisma kita?
Mari ikuti panduan yang disediakan di sini untuk anda.
1. Makan makanan pedas atau berempah.
2. Membina otot. Kelebihan bagi yang lebih berotot adalah akan mempunyai
metabolisma yang lebih tinggi dan ini dapat menjadikan kita kurus sekalipun sedang berehat!
3. Bersenam kerana ia mampu meningkatkan metabolisma badan selepas kita
melakukannya. Cara ini terbukti dari dahulu lagi mampu membantu untuk kurus.
4. Ambil protein dalam setiap menu. Protein lebih baik untuk
meningkatkan metabolisma badan berbanding karbohidrat dan lemak dan ia
juga membantu membina jisim otot.
5. Cara kurus yang popular iaitu minum banyak air putih kerana air putih juga mampu meningkatkan metabolisma badan.
Khas untuk wanita yang pentingkan kecantikan luaran dan dalaman secara sihat dan selamat
NAK CANTIK? LIKE!
Monday, 24 September 2012
Tuesday, 11 September 2012
PRODUK PELANGSING YG TIDAK PERNAH MENDAPAT KELULUSAN DARI PIHAK KEMENTERIAN KESIHATAN
Di sini saya ingin berkongsi mengenai produk pelangsingan yg semakin berleluasa jualan dan pembelinya...saya terjumpa info tentang produk ini MEMANG TIDAK MENDAPAT KELULUSAN DARI PIHAK KEMENTERIAN KESIHATAN LANGSUNG...
Saya tidak berniat untuk menjatuhkan bisnes siapa2 pn sekadar berkongsi maklumat mengenainya sahaja...terpulangla pendapat masing2....baca sehingga habis yer...
Kisah selanjutnya baca di sini yer - "Saya Serik Dengan Acai Berry ABC !!!!!!!!"
Sunday, 13 May 2012
Parcel - 13/5/2012
*PARCEL - 13/5/2012
1 - AZIMAH, TERENGGANU > LOSYEN ANTI SELULIT + ARM SHAPER (2)
2 - ATEYYAH, MELAKA > KORSET
Email fieza6596@yahoo.com @ sms 0199086382 / 0126614776 untuk no. tracking poslaju
Alhamdulillah dan terima kasih membeli
Insyaallah, di jamin sampai esok by poslaju...
tQ
Monday, 7 May 2012
Parcel - 7/5/2012
Mulai harini, penghantaran parcel akan di update di sini...
*PARCEL - 7/5/2012
1 - FADZILAH, SELANGOR > KORSET XTRASLIM
2 - NURAHLINA, PERAK >
PAKEJ (KORSET XTRASLIM + LOSYEN ANTI SELULIT +
ARM SHAPER (2))
3 - NORAZAH, SABAH > KORSET XTRASLIM
4 - NUR AZNIDA, SELANGOR >
PAKEJ (KORSET MAGNETIK SEAMLESS + ARM SHAPER)
Email fieza6596@yahoo.com untuk no. tracking poslaju
Alhamdulillah dan terima kasih membeli
Insyaallah, di jamin sampai esok by poslaju...
tQ
Tuesday, 10 April 2012
Bakar Lebih Kalori Dengan Bekerja Sambil Berdiri
Jika anda bekerja di pejabat, 80% daripada pergerakan anda mungkin hanya duduk di depan komputer menyiapkan kerja.
Tahukah anda sebenarnya anda boleh ‘hack’ cara kerja anda, sekaligus dapat bakar kalori dengan lebih banyak?
Caranya adalah dengan bekerja sambil berdiri. Jika di US perkara ini sudah menjadi trend dan semakin banyak kedai yang menawarkan meja kerja berdiri seperti dibawah:
Dan dibawah sedikit fakta yang menakutkan buat mereka yang bekerja secara duduk, menurut kajian yang dijalankan oleh American Cancer Society:
1. Wanita yang menghabiskan masa 6 jam sehari dengan duduk, mempunyai risiko sebanyak 37% untuk mati lebih awal daripada wanita yang duduk kurang daripada 3 jam sehari;
2. Bagi lelaki pula, risiko nya adalah sebanyak 17%
3. Bagi wanita yang hanya duduk dan tidak melakukan sebarang aktiviti yang menyihatkan (seperti bersenam), kebarangkalian untuk mati lebih awal meningkat kepada 94% manakala lelakik pula 48%;
Jelas, mereka yang banyak bekerja sambil duduk akan menghadapi risiko penyakit seperti:
1. Sakit jantung;
2. Obesiti (kegemukan);
3. Diabetes;
4. Kanser;
5. Dan kematian lebih awal.
Jadi, jika anda tergolong dalam salah seorang yang bekerja sambil duduk lebih daripada 6 jam sehari, adalah digalakkan untuk anda mengubah cara kerja daripada duduk kepada berdiri.

Menu Sarapan Sihat
Sarapan yang sihat ialah sesuatu yang penting dalam menu pemakanan seharian kita.
Apa kata anda ubah sekali-kala menu sarapan anda. Asyik-asyik nasi lemak, roti canai, teh tarik je..kalau anda amalkan menu sebegitu hari-hari selama mana anda hidup, ada kemungkinan besar berat badan anda akan cepat naik.
Jom baca idea-idea tersebut:
1) Hidangan buah-buahan campuran.
Anda boleh potongkan beberapa hirisan buah epal, pisang, mangga dan pear. Apa yang penting pelbagai hidangan buanh-buahan anda. Masa yang diambil untuk menyediakan sarapan seperti ini amat cepat. Owh ye, kalau anda nak tahu, jika anda makan buah-buahan dalam keadaan perut yang kosong, ini mampu menurunkan berat badan anda secara semulajadi.
2) Minum shake untuk lebih kenyang.
Jika anda rasakan makan buah membuatkan anda masih berasa lapar, anda boleh buat minuman shake buah-buahan. Kalau nak buat milk shake pun boleh. Dengan meminum minuman shake, ia dapat memberi anda tenaga tambahan untuk aktiviti sepanjang hari anda.
3) Kek muffin dan jem.
Hidangan ini juga mampu mengurangkan pengambilan kolesterol berlebihan dalam sarapan anda. Dalam masa yang sama, ia mampu memberi anda kesihatan yang lebih baik. Beli kek muffin di kedai-kedai kek dan sapukan jem kesukaan anda. Beli muffin yang tidak berperisa atau berperisa original. Nak lagi best boleh tambahkan juga madu.
4) Scramble egg.
Yang ni saya pasti mesti menjadi kegemaran anda. Anda boleh buat scramble egg. Pecahkan telur dalam non-stick frying pan dan campurkan dengan susu segar. Gunakan majerin sebagai minyak untuk memasak. Gaulkannya hingga ia masak kemudian letakkan serbuk lada hitam. Makan dengan roti untuk nak lebih kenyang.
5) Oatmeal.
Ini merupakan hidangan bagi anda yang inginkan penjimatan masa. Anda boleh beli 3 in 1 Quaker Oat dan hanya campukan dengan air panas. Saya jamin, sampai tengahari pun anda akan kenyang dan tak perlu menahan kelaparan.
Semoga dengan perkongsian idea-idea ini dapat anda cuba amalkan dalam amalan pemakanan seharian anda.
(^_^)
Saturday, 31 March 2012
Makanan yang patut dielakkan
‘Argghh, apa aku boleh makan, apa aku tidak boleh makan?’
Ada makanan yang baik dan sudah semestinya ada makanan yang tidak baik yang mana patut dikurangkan atau dielakkan bersesuaian dengan diet anda. Membakar lemak dan menurunkan berat badan boleh menjadi sangat mudah jika anda tahu membuat pilihan dan membezakan antara makanan yang baik dan tidak perlu dalam menu harian anda.
Mari kita lihat, apakah pilihan yang tidak sesuai dengan diet menguruskan badan?
1. Roti putih. Mesti ramai terkejut, kenapa saya masukkan roti putih? Sedangkan ramai ingat roti lebih baik daripada nasi? Betul ke lagi baik? Kalau kita bandingkan, kebanyakan roti putih dan roti serat, kandungan nutrisinya berbeza. Roti putih sekarang lebih pada gula segera. Makan sikit tak mengenyangkan. Kebanyakan yang ambil roti putih cenderung untuk makan lebih. Kalau begitu, lebih elok ambil nasi. Roti serat lebih baik daripada roti putih.
2. Marjerin. Kalau boleh, elaklah sebarang makanan yang menggunakan marjerin. Marjerin tinggi kalori, yang dihasilkan daripada lemak tepu. Penyakit jantung, dan sebagainya selalu dikaitkan dengan marjerin dan adik beradiknya, minyak sapi.
3. French Fries. French fries bukan seperti kentang sebenar. Ia tinggi lemak tepu dan juga karsinogen. Jadi jangan samakan makan french fries dengan makan kentang.
4. Biskut. Biskut juga bukan pilihan yang baik kecuali sebahagian fiber serat. Kandungan utama dalam kebanyakan biskut adalah gula segera. Makan sikit tak kenyang, sedar-sedar dah habis satu bungkus chipsmore.
5. Sosej. Mesti sedapkan makan sosej? Sampai ada yang ingat, itu protein. Tidak, yang sedap itu lemak. Lembut je rasa. Sosej dan burger sangat tinggi lemak. Ia diproses daripada campuran sisa-sisa ayam, bahagian lemak dan sebagainya dan akhirnya jadi bentuk yang comel untuk dimakan.
6. Cereal. Kebanyakan cereal sangat tinggi gula. Jika anda bermiat untuk makan cereal, cari cereal khas untuk diet. Terdapat pelbagai kini dalam pasaran.
7. Donut. Donut antara makanan yang boleh naikkan berat badan dengan cepat. Ia dipenuhi kalori daripada lemak tepu, gula, gula dan gula. Sebab itu sedap. Lagi-lagi sekarang ada kedai jual sekali 12. Bulat macam donatlah anda.
8. Makanan berlabel ‘sugar-free’. Walaupun ia berlabel ‘sugar-free’ tetapi ianya mengandungi pemanis tiruan. Pemanis tiruan tidak menaikkan berat badan tetapi merbahaya jika diamalkan selalu daripada aspek kesihatan. Gula tiruan yang biasa digunakan adalah aspartame. Aspartame dikaitkan dengan pelbagai penyakit seperti brain tumor, kemurungan, sawan, migrain, sakit sendi, insomnia, PMS, dan senarainya berterusan.
9. Makanan Dalam Satu Kategori. Maksudnya, jangan hanya makan satu makanan yang majoritinya karbohidrat, atau mungkin air semata-mata. Makanan seimbang kunci kepada diet yang berjaya. Lihat piramid makanan.
10. Bihun. Ramai juga yang fikir, bihun itu pilihan yang baik. Bihun boleh menyimpan lebih banyak minyak berikutan ruang diantaranya yang halus, lebih-lebih lagi bihun goreng. Kalau diperah, minyaknya boleh digoreng semula kut.
11. Air Buah. Air buah yang dimaksudkan di sini adalah air buah dengan gula segera. Boleh dikatakan majoriti produk air buah dalam kotak dan botol dipasaran adalah gula segera. Sebab itu murah. Biasanya jus 100% berganda lebih mahal.
12. Sushi. Adakah sushi pilihan yang baik untuk diet? Tahukah anda shrimp tempura roll itu mencecah 540 kalori. Purata kalori dalam 1 menu sushi sekitar 250 kalori. Tapi cukup ke sikit itu? Belum campur dengan sosnya yang tinggi sodium. Elakkan sushi segera. Shashimi lebih baik.
13. Makanan Proses. Jika boleh, elakkan makanan proses dalam tin dan sebagainya. Dapatkan makanan segar yang baru dimasak.
14. Mee. Mee, mee segera? Apa kebaikannya? Gantikan dengan spagetti atau pasta. Lebih baik dan sedap jika sesuai dengan masakannya.
15. Makanan Tambahan. Jangan terkejut, jika saya masukkan makanan tambahan. Bukan nak kata makanan tambahan tak elok, tetapi ramai yang bergantung pada makanan tambahan semata-mata. Makan sekali sehari tapi, 10 kali minum protein. Perkataan ‘tambahan’ bermaksud tambahan, dan bukannya pengganti menu yang lain. Jika perlu nutrisi tambahan, baru ambil.
Nota: Senarai diatas tidak termasuk lagi makanan berminyak, makanan segera, fastfood, air manis dan sebagainya yang memang terang-terang patut dielakkan.

Subscribe to:
Posts (Atom)