NAK CANTIK? LIKE!

Wednesday, 3 October 2012

DIET ATKINS



ATKIN DIET

Atkin Diet ni adalah diet yang amalkan Protein saja, tanpa karbohidrat.. tapi tak bagus diamalkan berterusan, maksima 2 minggu je.. ni ada info tentang sedikit info Atkin Diet yg kita simpan.....

Bagi yang sedang menjalani program Atkin Diet, sila elakkan mengambil makanan berikut dalam masa 2 minggu pertama..

1.) Elakkan NASI, MI, MIHUN, LAKSA, LAKSANG, SPAGETTI, FETTUCINI, VERMICELLI, KUEW TIAU dan yang sebangsa dengannya.

2.) Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, rotiBoy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa2 yang sebangsa dengannya.

3.) Elakkan Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.

4.) Elakkan Buah-buahan (lepas 2 minggu baru makan berpada-pada).

5.) Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi!

6.) Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.

7.) Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu. Tak kira kacang biasa, gajus, kuah kacang, dhal...

8.) Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.

9.) Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.



**********************************************************************************************************

Boleh Makan:
1.) Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.

2.) Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis...

3.) Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai... asalkan halal.

4.) Udang - bakar, tomyam, goreng dgn cili boh, etc. Elakkan sotong coz karbohidrat tinggi.

5.) Sayur, terutamanya sayur hijau. Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun...

6.) Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari.

7.) Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.

8.) Nak makan burger? Buang roti bun atas dan bawah, makan daging burger dengan sayur dan mayonis kat dalam je...

9.) Pizza? Makan topping kat atas je, roti kat bawah tu kasi orang yang tak perlu diet...
 

10.) Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.


Jangan lupa makan sarapan, tengahari dan makan malam. Makan malam sebelum jam 9 malam. Jangan ponteng makan!



#Contoh sarapan / Breakfast


1.) Telur rebus - 1 biji - (0.6 grams carb)
2.) Chicken slice - 2-3 keping - (0.0 grams carb)
3.) Air suam - 1-2 glass - (0 gram carb)
4.) Keju - 2 keping - (1 gram carb)

#Makan Tengahari / Malam


1.) Ikan panggang - 1-2 keping - (0 gram Carb)
2.) Sup Ayam - 1 mangkuk - (0.5 - 1 gram Carb)
3.) Ayam goreng - 1-2 ketul - (0.5 - 1 gram Carb)
4.) Sayur-sayuran hijau - 1 mangkuk - (1 - 3 grams Carb)
5.) Telur goreng - 1-2 biji - (1 - 1.5 gram Carb)


Monday, 24 September 2012

CARA MENINGKATKAN TAHAP METABOLISME BADAN

Metabolisma badan penting untuk menukarkan makanan kepada tenaga sebelum ia menjadi lemak. Ini dapat membantu kita menjadi kurus dan mengelakkan perut buncit. Namun tidak semua manusia dilahirkan dengan kadar kemampuan metabolisma yang tinggi. Tetapi tahukah anda yang sebenarnya kita mampu melakukan sesuatu bagi meningkatkan metabolisma kita?

Mari ikuti panduan yang disediakan di sini untuk anda.

1. Makan makanan pedas atau berempah.



2. Membina otot. Kelebihan bagi yang lebih berotot adalah akan mempunyai metabolisma yang lebih tinggi dan ini dapat menjadikan kita kurus sekalipun sedang berehat!




3. Bersenam kerana ia mampu meningkatkan metabolisma badan selepas kita melakukannya. Cara ini terbukti dari dahulu lagi mampu membantu untuk kurus.

 4. Ambil protein dalam setiap menu. Protein lebih baik untuk meningkatkan metabolisma badan berbanding karbohidrat dan lemak dan ia juga membantu membina jisim otot.





5. Cara kurus yang popular iaitu minum banyak air putih kerana air putih juga mampu meningkatkan metabolisma badan.

Tuesday, 11 September 2012

PRODUK PELANGSING YG TIDAK PERNAH MENDAPAT KELULUSAN DARI PIHAK KEMENTERIAN KESIHATAN

Di sini saya ingin berkongsi mengenai produk pelangsingan yg semakin berleluasa jualan dan pembelinya...saya terjumpa info tentang produk ini MEMANG TIDAK MENDAPAT KELULUSAN DARI PIHAK KEMENTERIAN KESIHATAN LANGSUNG...
Saya tidak berniat untuk menjatuhkan bisnes siapa2 pn sekadar berkongsi maklumat mengenainya sahaja...terpulangla pendapat masing2....baca sehingga habis yer...

 


"ACAI BERRY TIDAK PERNAH MENDAPAT KELULUSAN DARI PIHAK KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA TIDAK KIRA LAH  PENIAGA MENEGASKAN PRODUK MEREKA ORIGINAL ATAU PALSU, SEMUANYA ADALAH SAMA DAN PRODUK INI DIKATEGORIKAN UBAT YANG MERBAHAYA, BANYAK KALI PIHAK KAMI MENDAPAT ADUAN TENTANG ACAI BERRY NI,, PIHAK KAMI JUGA SEDANG MEMBANTERAS PENJUALAN ACAI BERRY YANG SEDANG BERLELUASA SEKARANG TERUTAMA DALAM JUALAN ONLINE".

Kisah selanjutnya baca di sini yer - "Saya Serik Dengan Acai Berry ABC !!!!!!!!"


 

Sunday, 13 May 2012

Parcel - 13/5/2012


*PARCEL - 13/5/2012

1 - AZIMAH, TERENGGANU > LOSYEN ANTI SELULIT + ARM SHAPER (2)
2 - ATEYYAH, MELAKA > KORSET

Email fieza6596@yahoo.com @ sms 0199086382 / 0126614776 untuk no. tracking poslaju

Alhamdulillah dan terima kasih membeli

Insyaallah, di jamin sampai esok by poslaju...

tQ


Monday, 7 May 2012

Parcel - 7/5/2012


Mulai harini, penghantaran parcel akan di update di sini...

*PARCEL - 7/5/2012

1 - FADZILAH, SELANGOR > KORSET XTRASLIM
2 - NURAHLINA, PERAK >
     PAKEJ (KORSET XTRASLIM + LOSYEN ANTI SELULIT + 
     ARM SHAPER (2))
3 - NORAZAH, SABAH > KORSET XTRASLIM
4 - NUR AZNIDA, SELANGOR > 
     PAKEJ (KORSET MAGNETIK SEAMLESS + ARM SHAPER)

Email fieza6596@yahoo.com untuk no. tracking poslaju

Alhamdulillah dan terima kasih membeli

Insyaallah, di jamin sampai esok by poslaju...

tQ

Tuesday, 10 April 2012

Bakar Lebih Kalori Dengan Bekerja Sambil Berdiri

Jika anda bekerja di pejabat, 80% daripada pergerakan anda mungkin hanya duduk di depan komputer menyiapkan kerja.
Tahukah anda sebenarnya anda boleh ‘hack’ cara kerja anda, sekaligus dapat bakar kalori dengan lebih banyak?
Caranya adalah dengan bekerja sambil berdiri. Jika di US perkara ini sudah menjadi trend dan semakin banyak kedai yang menawarkan meja kerja berdiri seperti dibawah:




Dan dibawah sedikit fakta yang menakutkan buat mereka yang bekerja secara duduk, menurut kajian yang dijalankan oleh American Cancer Society:

1. Wanita yang menghabiskan masa 6 jam sehari dengan duduk, mempunyai risiko sebanyak 37% untuk mati lebih awal daripada wanita yang duduk kurang daripada 3 jam sehari;
2. Bagi lelaki pula, risiko nya adalah sebanyak 17%
3. Bagi wanita yang hanya duduk dan tidak melakukan sebarang aktiviti yang menyihatkan (seperti bersenam), kebarangkalian untuk mati lebih awal meningkat kepada 94% manakala lelakik pula 48%;

Jelas, mereka yang banyak bekerja sambil duduk akan menghadapi risiko penyakit seperti:

1. Sakit jantung;
2. Obesiti (kegemukan);
3. Diabetes;
4. Kanser;
5. Dan kematian lebih awal.

Jadi, jika anda tergolong dalam salah seorang yang bekerja sambil duduk lebih daripada 6 jam sehari, adalah digalakkan untuk anda mengubah cara kerja daripada duduk kepada berdiri.

Menu Sarapan Sihat


Sarapan yang sihat ialah sesuatu yang penting dalam menu pemakanan seharian kita.

Apa kata anda ubah sekali-kala menu sarapan anda. Asyik-asyik nasi lemak, roti canai, teh tarik je..kalau anda amalkan menu sebegitu hari-hari selama mana anda hidup, ada kemungkinan besar berat badan anda akan cepat naik.

Jom baca idea-idea tersebut:

1) Hidangan buah-buahan campuran.
Anda boleh potongkan beberapa hirisan buah epal, pisang, mangga dan pear. Apa yang penting pelbagai hidangan buanh-buahan anda. Masa yang diambil untuk menyediakan sarapan seperti ini amat cepat. Owh ye, kalau anda nak tahu, jika anda makan buah-buahan dalam keadaan perut yang kosong, ini mampu menurunkan berat badan anda secara semulajadi.

2) Minum shake untuk lebih kenyang.
Jika anda rasakan makan buah membuatkan anda masih berasa lapar, anda boleh buat minuman shake buah-buahan. Kalau nak buat milk shake pun boleh. Dengan meminum minuman shake, ia dapat memberi anda tenaga tambahan untuk aktiviti sepanjang hari anda.

3) Kek muffin dan jem.
Hidangan ini juga mampu mengurangkan pengambilan kolesterol berlebihan dalam sarapan anda. Dalam masa yang sama, ia mampu memberi anda kesihatan yang lebih baik. Beli kek muffin di kedai-kedai kek dan sapukan jem kesukaan anda. Beli muffin yang tidak berperisa atau berperisa original. Nak lagi best boleh tambahkan juga madu.

4) Scramble egg.
Yang ni saya pasti mesti menjadi kegemaran anda. Anda boleh buat scramble egg. Pecahkan telur dalam non-stick frying pan dan campurkan dengan susu segar. Gunakan majerin sebagai minyak untuk memasak. Gaulkannya hingga ia masak kemudian letakkan serbuk lada hitam. Makan dengan roti untuk nak lebih kenyang.

5) Oatmeal.
Ini merupakan hidangan bagi anda yang inginkan penjimatan masa. Anda boleh beli 3 in 1 Quaker Oat dan hanya campukan dengan air panas. Saya jamin, sampai tengahari pun anda akan kenyang dan tak perlu menahan kelaparan.

Semoga dengan perkongsian idea-idea ini dapat anda cuba amalkan dalam amalan pemakanan seharian anda.

(^_^)