NAK CANTIK? LIKE!

Saturday 24 December 2011

MENGAPA MESTI PAKAI KORSET?


Sejak zaman 1920-an, gadis-gadis di negara barat telah pun mula memakai korset kerana mereka mahukan bentuk tubuh yang cantik ketika memakai pakain. Tidak kurang juga di Malaysia. Jika kita lihat filem-filem Melayu zaman Tan Sri P.Ramlee, heroin filem semuanya memakai korset di dalam baju kebaya mereka. Kalau tidak takkanlah perut mereka sangat ramping dan buah dada sangat tinggi terletak. Saya ada terbaca bahawa ketika Seniwati Sarimah masih muda, pinggangnya hanyalah 19 inci..Macam tak percaya....

Tidak hairanlah sehingga kini, ramai wanita memilih untuk memakai korset.

*Kelebihan Memakai Baju Pembentukan Badan (Corset)
1) Memastikan postur tubuh yang baik
2) Selesa bagi wanita yang mempunyai buah dada yang besar, ia akan membantu menyokong lebihan daging dari bergoyang ketika berjalan atau melompat.
3) Membantu mengecilkan bahagian bawah abdomenyang menggelebeh atau buncit
4) Mengecilkan bahagian peha dan belakang atau bawah lengan

*Keburukan Memakai Korset Yang Tidak Betul
1) Pengsan kerana panas dan tidak selesa akibat pemakaian yang tidak mengikut spesifikasi serta melampaui keperluan tubuh
2) Korset yang lemah dan tidak baik akan menyebabkan kerosakan hati dan bahagian dalam perut
3) Alahan pada kulit yang sensitif

No comments:

Post a Comment