NAK CANTIK? LIKE!

Saturday 29 November 2014

Rahsia Jessica kekal ramping


Dan Jessica Alba menghabiskan hari terakhir pada usia 31 tahun berseronok dengan seorang teman di kediaman mereka di Santa Monica.

Ibu dua anak yang bergaya itu mengikat rambutnya dan berpakaian dengan selesa mengenakan blaus putih, jeans biru lapuk dan but coklat.

Ibu dan usahawan yang jelita itu turut membawa kunci, termos, buku besar dan dua beg sandang.

Yang tidak kelihatan kelmarin ialah suami Jessica, Cash Warren dan dua anak perempuan mereka - Haven yang berusia setahun dan Honor, 4.

Awal minggu ini, Jessica mendedahkan rahsia pinggangnya yang ramping selepas melahirkan anak.

“Saya memakai dua lapis korset siang dan malam selama tiga bulan. Ia memang berpeluh tetapi berbaloi,” akuinya kepada Net-A-Porter. 


“Ia memang kejam; bukan untuk setiap orang.”

Jelitawan berambut coklat itu mempunyai dua filem tahun ini - Sin City: A Dame to Kill For pada 4 Oktober dan Machete Kills pada 31 Julai.

“Saya baru selesai menjalani penggambaran filem paling baik yang pernah saya lakonkan.” katanya merujuk kepada wataknya sebagai Nancy Callahan dalam Sin City.

“Ia bertentangan dengan apa yang saya lakukan di rumah. Pendekatan saya dalam lakonan sekarang sangat berbeza - saya tidak lagi takut kerana saya tidak rugi apa-apa. Sebelum ada anak seluruh identiti saya bergantung kepada keputusan yang dibuat - kini, saya tidak peduli.”

“Ia boleh menjadi timbunan sampah dan anda mungkin merasakan ia perkara terburuk yang anda lihat, tetapi saya masih mengalami pengalaman terbaik.”

Filem aksi itu turut menampilkan bintang lain seperti Joseph Gordon-Levitt, Bruce Willis, Rosario Dawson dan Mickey Rourke.

Jessica turut muncul dalam filem komedi tahun ini A.C.O.D bersama Amy Poehler, Adam Scott dan Jane Lynch.

Awal bulan ini, Jessica seronok bercuti bersama suami dan anak-anaknya di St Barts.

“Ia adalah percutian pertama kami dalam tempoh enam tahun yang bukan percutian dalam tugasan.

“Saya tidak menyedari betapa pentingnya ia hingga apabila kami tiba di rumah dan saya mengatakan: “Kami saling menyukai, kami memang benar-benar teman baik.”

“Saya tahu kami ingin selalu bersama setiap hari dan kami telah mempunyai dua anak yang menjadi kesayangan saya di dunia, tetapi menghabiskan masa sesama kami anak-beranak ia sangat indah. Kami berdua membuat pilihan yang tepat.”

Sumber My Metro

Jom kita berkorset agar kekal ramping walau sudah beranak pinak.
Tak percaya?
Untuk testimoni - KLIK


No comments:

Post a Comment