NAK CANTIK? LIKE!

Sunday 13 December 2015

10 Tips Kurus Semasa Makan Kenduri




Azam nak kurus tapi terhalang sebab hujung tahun banyak kenduri.


Oh kenduri bukan penghalang untuk kurus ya?

Jangan cari alasan.

Jemputan wajib dipenuhi tapi misi menurunkan berat badan juga

boleh diteruskan  walaupun hadir kenduri kendara.


Ada beberapa Tips Kurus Semasa Makan Kenduri.

Semoga bermanfaat ya!

=========================================

1. Jangan Skip Sarapan pagi.

Mentang2 tengahari nak makan kenduri,

skip sarapan atas sebab tengahari nak makan lagi.

Ingat! Skip Sarapan boleh menggemukkan anda tau.

=========================================

2. Jika kenduri itu agak jauh dari rumah anda pastikan

alas perut dulu sebelum pergi kenduri.

Ambil snek ringan seperti buah atau roti gandum supaya tidak terlalu lapar. 

=========================================

3. Ikut portion makanan seimbang.
Jangan makan macam tak makan 10 tahun ya.

=========================================

4. Pilih nasi putih jika ada pilihan selain nasi minyak.

=========================================

5. Elakkan makan daging, pilih hidangan ayam
dan sedikit kuah.

=========================================

6. Penuhkan pinggan dengan sayur dan buah..

makan ini dulu sebelum makan nasi.

=========================================

7. Elakkan minum air manis.

Untuk lebih selamat bawa air mineral dalam
botol kecil dan simpan dalam handbag
kalau tempat kenduri tak sediakan air mineral. 

=========================================

8. Elakkan makan dessert yang manis.

Jika teringin ambil pada kuantiti yg sedikit atau berkongsi.

=========================================

9. Jika terdapat lebih dari 1 kenduri pada hari yang sama,

makan sedikit untuk setiap kenduri dan kurangkan nasi. 

=========================================

10. Makan perlahan2 dan enjoy makanan anda.

Otak kita ambil masa 20 minit
untuk beritahu kita sudah kenyang. 

=========================================

Tak salah sekali sekala menjamu selera.
Tapi diet kena balance.

Selamat Makan Kenduri!!!

=========================================

Tips Kempis Perut ---> KLIK

No comments:

Post a Comment