NAK CANTIK? LIKE!

Saturday, 4 February 2012

PANDUAN KECILKAN LENGAN TANGAN


Sesetengah orang simpan lemak berlebihan pada perut, punggung atau pipi. Itu genetik. Samalah bagi lengan yang berlemak.

Kenapa Saiz Lengan Pulak Yang Gemuk?

Sesetengah orang simpan lemak berlebihan pada perut, punggung atau pipi. Itu genetik. Samalah bagi lengan yang berlemak. Kita tidak boleh memaksa badan simpan lemak dimana-mana. Tapi bagaimana untuk kurangkan saiz lengan?
  1. Senaman Pemberat Untuk Lengan? Sudah tentu ada pelbagai senaman yang anda boleh lakukan untuk membina dan kuatkan otot pada lengan tangan. Contoh senaman adalah seperti: reverse curls dengan dumbbell atau barbell atau peralatan senaman seperti hand-grips.Tapi adakah senaman pemberat dapat kurangan saiz lengan atau tambah lagi saiz?! Seperti yang kita tahu, senaman pemberat melatih dan besarkan otot lengan tangan so secara teori, lengan anda akan bertambah saiz! Jadi tak sesusai? Well sesuai untuk kentalkan isi lengan tapi latihan pemberat tidak dapat membuang lemak berlebihan
  2. Urut Traditional. Adakah terapi mengurut dapat kurangkan atau pecahkan lemak pada bahagian lengan? Jom kita teliti:
    • Kurangkan lemak? Tak boleh. Urut tidak dapat membuang lemak pada mana-mana bahagian. Kalau diurut dengan minyak buang angin, minyak sapi ataupun halia etc, yes mungkin ia dapat panaskan permukaan kulit atau serap air nak ke kulit untuk kentalkan kulit (jangka masa pendek). Fikirlah: lemak itu “pejal”, kalau urut kuat macamana pun, lemak tu nak keluar kat mana?
    • Pecahkan lemak? Mungkinlah tapi sama macam fakta sebelum ini, kalau terapi urut dapat pecahkan lemak tu sekalipun, lemak tu tak ke mana!
    Jadi urutan bukanlah jawapan untuk kecilkan lengan tangan.
  3. Liposuction? Sudah tentu kaedah liposuction dapat kurangkan lemak pada mana-mana bahagian, termasuk lengan tangan tapi ia sangat mahal, prosedur yang invasive dan bukanlah jawapan untuk jangka masa panjang.
  4. Kurang lemak melalui kalori defisit? Yes itulah satu-satu cara untuk mengurangkan lemak pada lengan atau mana-mana bahagian badan. Ingat kita tidak boleh buang lemak pada satu-satu bahagian jadi ia adalah proses yang menyeluruh. Kalori defisit adalah keadaan dimana pengambilan kalori (pemakanan) tidak melebihi pengeluaran (aktiviti harian, termasuk senaman)  Contoh: Kalau pengambilan kalori melalui makanan adalah 2,000 kalori tapi output kalori adalah 2,400 – maka adanya defisit kalori sebanyak 400. 400 kalori itu akan dibakar atau diambil daripada lemak simpanan badan. Adakah di akan bakar 400 kalori itu daripada lemak lengan? Tak semestinya. Kita tidak boleh memaksa badan tapi apa yang anda boleh lakukan? Terus amalkan defisit kalori untuk membakar lemak. Lama-kelamaaan, ia akan membakar lemak pada bahagian lengan tangan juga.
  5. Wajip bersenam? Tidak! Untuk kurangkan lemak pada lengan atau berat badan secara am, senaman tidak wajib. Kenapa pula? Kerana yang penting adalah kalori defisit. Selagi pengambilan makanan tidak melebihi aktiviti harian (pembakaran kalori) maka senaman tidak wajib (contoh: bulan puasa). Tapi sudah tentu, senaman seperti aerobiks, berjalan, jogging dan lain-lain mempercepatkan usaha anda.
Bagi saya, satu-satu cara untuk kurangkan lemak adalah melalui pengawalan kalori – pemakanan dan senaman.


*******************************************************************

*BENGKUNG LENGAN membantu mengatasi masalah lengan menggeleber - KLIK


Friday, 27 January 2012

25 TIPS KURUSKAN BADAN

 1-10: Nutrisi dan Diet Pemakanan

Mari kita bermula dengan tip-tip diet dan pemakanan.
  1. Makan 5-7 hidangan kecil berbanding tiga hidangan besar. Ini bukan sahaja dapat mengawal nafsu pemakanan dan malah memastikan tenaga anda berterusan sepanjang hari.
  2. Jangan skip hidangan. Ia tidak akan membantu anda kuruskan badan kerana
    - nafsu makan akan bergelora dan
    - metabolisma badan akan menurun.
  3. Kenali keperlukan kalori seharian anda. Ramai yang tidak mengenali keperluan kalori seharian masing-masing. Tapi kalau tak tahu, macamana nak mengawal kuantiti pemakanan?!.
  4. Roti canai … hmm berapa kalori tu? Pastikan anda kenali kandungan kalori-kalorie makanan dan minuman seharian anda. .
  5. Elakkan kalori daripada minuman. Ini adalah tip kuruskan badan yang paling senang. Dengan hanya gantikan minuman bergula seperti teh ais, milo, soft drink dan lain-lain dengan air bebas gula, anda boleh kurangkan lebih kurang 10kg dalam setahun..
  6. Minum air mineral. Air tidak mengandungi apa-apa kalori dan tidak boleh menambahkan berat badan untuk jangksa masa panjang. Tapi elakkan pengambilan garam berlebihan kerana ia akan menambah takungan air badan anda..
  7. Jangan makan buah-buahan dengan berlebihan. Walaupun buah-buahan mengandungi vitamin dan mineral, ia juga mengandungi kalori (gula) yang boleh menggemukkan..
  8. Segenggam tangan karbohidrat. Samada anda makan nasi, roti, mee mahupun kentang (semua sumber karbohidrat), pastikan saiz hidangan tidak melebihi segenggam tangan. Kalau tak kenyang, tambah lauk..
  9. Pastikan kuantiti pengambilan protein cukup. Sebagai panduan pastikan anda mengambil 2-2.5g untuk setiap kg berat badan anda. Also ingat, protein lebih mengenyangkan berbanding karbohidrat..
  10. Kawal nafsu makan! Satu-satu cara untuk mengawal nasfu adalah dengan memastikan ia tidak dapat peluang untuk kembang. Kalau nafsu makan sudah datang, maka sudah terlewat.

11-20: Senaman

Senaman sepatutnya menjadi aktiviti yang menyeronokkan. Tak perlu mencari trend senaman yang terkini. Yang penting anda mencari senaman yang serasi dengan gaya hidup dan minat anda.

11. Senaman tidak wajib! Kalau anda ingin mengurankan berat badan, senaman sebenarnya tak wajib. Tapi ia dapat membantu mempercepatkan usaha anda. 

12. Angkat berat! Tak kira jantina dan umur Pastikan anda include senaman angkat berat dalam program senaman anda. Kenapa? Kerana ia membantu kuatkan otot, tulang, sendi-sendi dan akhirnya kalau anda dah kurus pun, sudah tentu anda inginkan badan yang kental kan?  

13. Pentingkan kualiti senaman. Senaman bukan hanya bergantung kepada kuantiti tapi yang paling penting adalah kualiti senaman anda. Pastikan anda mahir dalam persediaan dan pelaksanaan senaman anda. Kalau tak pasti, dapatkan panduan yang bernas daripada mereka yang mahir. 

14. Pastikan anda bakar lemak dan bukannya glukos. Jika anda berjogging atau bermain badminton dengan harapan membakar lemak, pastikan anda elakkan minuman seperti Milo, 100Plus or Gatorade. 

15. Tak perlu hari-hari. Jika bersenam, tak perlu hari-hari. 2-4 kali seminggu cukup. Biarkan badan anda rehat dan pulih … penting kualiti senaman. 

16. Inginkan perut yang kempis? Crunches dan peralatan abs sebenarnya tidak berkesan kerana selagi otot abs dan diliputi dengan lapisan lemak, maka otot abs anda tidak akan menonjol. Fokuskan usaha anda kepada senaman kardio dan penjagaan pemakanan untuk membakar lemak. 

17. Semanan untuk toning? Lebih kurang macam tip 16. Senaman semata-mata tak ke mana. Usaha anda perlu digabungkan dengan pemakanan yang baik untuk membakar kalori (lemak). 

18. Yoga untuk kuruskan badan? Tak juga. Yoga memang sesuai untuk flexibility dan ketenangan tapi untuk senaman kurangkan berat badan, kardio jauh lebih baik. 

19. Sauna dan bilik steam room? Kedua-dua boleh membantu mambakar kalori dan buang air. Tak menjadi masalah anda mengunjunginya. 

20. Seks sebagai senaman? Yup sudah tentu. Aktiviti seks adalah contoh senaman yang sememangnya banyak membakar kalori dan juga dapat mengurangkan stres.

21-25: Suplemen dan makanan tambahan

Jika digabungkan dengan diet dan senaman asas yang baik, suplemen dan makanan tambahan bantu mempercepatkan usaha anda kurangkan berat badan. Tapi … pastikan anda tidak tertipu dengan gambar sebelum dan selepas.. 

21. Pil cepat kurus? Tak kira di mana dan harga, tiada pil ajaib yang boleh mengurangkan berat badan, bakar lemak tanpa gabungan pemakanan asas yang baik. Mustahil.

22. Adakah pembakar lemak berkesan? Secara teori yes. Peranan pembakar lemak adalah untuk menaikkan metabolsima badan anda melalui ramuan seperti caffeine dan guarana. Jadi dengan pembakaran kalori berlebihanan ini, anda dapat mengurangkan berat badan. Tapi nasihat saya, jangan bergantung kepada suplemen mana2 untuk jangka masa panjang. 

23. Ingin kurangkan 1kg? Anda perlu bakar atau membuang 7,700 kalori samada melalui makanan, senaman ataupun gabungan kedua-dua. 

24. Suplemen protein merupakan pilihan yang baik sebagai snek antara hidangan. Suplement protein rendah dari segi kalori, mudah dibeli dimana-mana dan boleh disimpan di pejabat mahupun di rumah.. 

25. Dapatkan suplemn multivitamin yang baik. Kekurangan micro-nutrisi boleh menyebabkan nafsu makan anda naik. Jadi pastikan anda mempunyai suplemen multi-vitaman yang bersesuain dengan jantina, umur dan gaya hidup anda yang unik.

- Herbalife adalah contoh makanan pengganti ataupun meal replacement. Walaupun ia dapat memberikan anda kesemua keperluan khasiat untuk suatu hidangan, ia mahal dan saya tak syorkan anda serahkan nasib berat badan anda kepada produk suplemen mana-mana.

Sumber Dari - Kevin Zahri Website

Friday, 6 January 2012

10 TIPS KEMPISKAN PERUT






1. Makan makanan yang betul - Untuk mengempiskan perut kita perlu makan makanan yang seimbang didalam makanan harian kita kerana diet yang betul boleh membuang lemakdi bahagian perut. Makan yang betul sepatutnya mengandungi karbohidrat kompleks, fiber, vitamin dan mineral, “lean protein” , ikan dan teh hijau. 

2. Elakkan minuman bergas kerana kandungan gasnya akan berkumpul di dalam perut.

3. Jangan  makan sambil berjalan atau sedang melakukan pergerakan besar kerana pada masa yang sama anda turut akan menelan udara. Ini boleh menyebabkan masalah perut kembung.

4. Lupakan sejenak sayur-sayuran seperti kubis dan kubis bunga kerana ia boleh menyebabkan angin dan perut kembung.

5. Cubalah teh pudina, chamomile atau jintan hitam kerana ia baik untuk mengatasi masalah perut kembung.

6. Tinggalkan makanan ringan atau fast food kerana tidak baik untuk kesihatan dan akan membuatkan lemak berkumpul di bahagian perut jika diambil dengan berlebihan. Elakkan mengambil karbohidrat yang diprocess, gula, makan goreng(”deep fried food” ), makanan segera dan apa jua makanan berlemak.

7. Berhenti makan lewat malam, ini adalah kerana lebihan gula yang dimakan semasa makan lewat malam akan ditukar kepada lemak kerana badan tidak boleh membakar lemak semasa kita tidur.

8. Kurangkan minum soda, jus atau minuman bergula kerana ia mengandungi banyak kalori dan akan merosakkan usaha kita untuk mengempiskan perut. Banyakkan minum air kosong atau air mineral.

9. Melakukan latihan kardio dan berat adalah amat penting untuk mengempiskan perut kerana senaman ini dapat membakar kalori lebih banyak dari melakukan senaman perut. Contoh senaman kardio seperti jogging, berjalan. Dan menaiki tangga.


10. Periksalah label produk makanan sebelum membelinya di pasaraya atau di mana2 kedai. Produk yang mengandungi 'sorbitol' atau 'mannitol' perlu dielakkan kerana ia akan mendatangkan kesan laksatif atau dalam erti lain menyebabkan angin dalam perut.

Diharap dengan tip-tip yang diberi dapat membantu anda dalam usaha anda mendapatkan bentuk badan yang di ingini.


SELUAR DALAM MENGEMPISKAN PERUT dapat membantu mengempiskan perut

 

Tuesday, 3 January 2012

PELIHARALAH BENTUK BADAN ANDA



Mengekalkan bentuk badan adalah penting untuk lelaki dan wanita.  Tetapi ianya lebih penting untuk kaum wanita dek kerana sifat semulajadi wanita yang ingin kelihatan cantik dan menawan.

  1. Jangan menahan lapar - kurangkan makan TETAPI jangan tahan lapar sebab kelaparan akan menggalakkan anda mengambil makanan yang lebih manis especially gula-gula.
  2. Jangan makan secara berlebihan - selalunya orang akan makan bila lapar dan berhenti bila sudah terasa kenyang.  Ini akan mengakibatkan kembung perut.  Sebagai seorang muslim, Nabi s.a.w. menggalakkan kita berhenti makan sebelum kenyang.
  3. Amalkan gaya pemakanan yang sihat - diet yang seimbang mengandungi daging, kanji, sayur-sayuran, buah-buahan dan air akan membantu anda mengekalkan bentuk badan yang menarik dan seimbang.
  4. Bersarapan - sarapan pagi secara konsisten pasti dapat mengekalkan bentuk badan kerana ia mengurangkan selera makan sepanjang hari.
  5. Mengamalkan makan malam yang ringan - kurangkan pengambilan kanji dan lemak yang berlebihan sewaktu makan malam
  6. Minum air kosong - sekurang-kurangnya lapan hingga sepuluh gelas sehari untuk proses penggantian air yang hilang dari badan setiap hari.
  7. Dapatkan masa rehat yang cukup - pemakanan yang seimbang perlu diiringi dengan rehat yang seimbang juga untuk mengelakkan penambahan berat badan.
  8. Pemakaian KORSET secara berterusan - dapat membantu anda mengekalkan bentuk badan.

Saturday, 24 December 2011

MENGAPA MESTI PAKAI KORSET?


Sejak zaman 1920-an, gadis-gadis di negara barat telah pun mula memakai korset kerana mereka mahukan bentuk tubuh yang cantik ketika memakai pakain. Tidak kurang juga di Malaysia. Jika kita lihat filem-filem Melayu zaman Tan Sri P.Ramlee, heroin filem semuanya memakai korset di dalam baju kebaya mereka. Kalau tidak takkanlah perut mereka sangat ramping dan buah dada sangat tinggi terletak. Saya ada terbaca bahawa ketika Seniwati Sarimah masih muda, pinggangnya hanyalah 19 inci..Macam tak percaya....

Tidak hairanlah sehingga kini, ramai wanita memilih untuk memakai korset.

*Kelebihan Memakai Baju Pembentukan Badan (Corset)
1) Memastikan postur tubuh yang baik
2) Selesa bagi wanita yang mempunyai buah dada yang besar, ia akan membantu menyokong lebihan daging dari bergoyang ketika berjalan atau melompat.
3) Membantu mengecilkan bahagian bawah abdomenyang menggelebeh atau buncit
4) Mengecilkan bahagian peha dan belakang atau bawah lengan

*Keburukan Memakai Korset Yang Tidak Betul
1) Pengsan kerana panas dan tidak selesa akibat pemakaian yang tidak mengikut spesifikasi serta melampaui keperluan tubuh
2) Korset yang lemah dan tidak baik akan menyebabkan kerosakan hati dan bahagian dalam perut
3) Alahan pada kulit yang sensitif

TIPS DIET MENGIKUT JENIS DARAH


Menurut Dr Adamo, ciri khas golongan darah O:

Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain
Mudah mengadaptasi berbagai makanan
Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik
Dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan, sayuran
Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian

Menu diet yang dianjurkan untuk kumpulan darah O:

Sarapan : Dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang
Snek : Teh herba
Makan tengahari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal
Snek : Sepotong kuih
Makan Malam : Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba

Ciri khas individu jenis darah A:

• Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
• Perlu menghindari makanan yang daripada produk susu dan daging
• Dianjurkan menjadi vegetarian atau mengambil makanan berkadar karbohidrat tinggi, namun rendah lemak
• Mengurangkan stres dengan bermeditasi, atau berolahraga
• Cukup beristirehat

Menu diet yang dianjurkan utk darah jenis A:

Sarapan : Air putih dicampur jus limau nipis dan oat
Snek: Jus anggur / kopi
Makan Tengah Hari: Salad dan roti gandum satu potong serta teh herba
Snek: Kuih beras dua potong dan teh hijau
Makan Malam : Pasta tanpa daging campur brokoli, yoghurt dan teh herba

Ciri khas golongan darah B:

• Dianjurkan untuk melakukan diet dengan berbagai-bagai variasi makanan, namun perlu menghadkan pengambilan daging.
• Disarankan mengambil makanan dan minuman berasaskan susu untuk meningkatkan sistem imunisasi badan.
• Olahraga yang sesuai dilakukan adalah berenang, bermain tenis, berjalan kaki dan bermeditasi.
• Untuk mengatasi stres, disarankan memiliki hobi dan aktiviti berasaskan kreativiti.

Pemilik golongan darah B sangat mudah terhadap penyakit berkaitan imunisasi dan serangan virus, mereka disarankan agar mengambil sayuran hijau yang kaya magnesium dalam kuantiti yang banyak.
Makanan yang dianjurkan adalah daging lembu, kambing kibas, arnab, ikan laut, semua produk susu kecuali ‘blue chesse’ dan aiskrim, telur ayam organik dan ayam kampung, minyak zaitun, beras merah, beras putih, makanan berasaskan beras dan buah-buahan.

Manakala makanan yang perlu dikurangkan pengambilannya adalah ayam, ketam, udang, kerang-kerangan, telur puyuh, telur itik, minyak bijan, minyak jagung, minyak biji matahari, minyak kacang tanah, minyak soya, kelapa, santan, soya, kacang tanah, biji bunga matahari, biji labu, bijan, kacang pistacio, tempe, tauhu, kacang merah, makanan berasaskan gandum, mi segera, beras pulut, jagung, lobak, tomato dan jagung.

Menu diet yang dianjurkan utk darah jenis B:
Sarapan: Bijirin dan buah pisang beserta segelas susu tanpa lemak
Snek: Jus anggur
Makan Tengahari: Sepotong dada ayam dan dua potong roti beserta salad dan teh herba
Snek: Jus limau/yogurt dan teh herba
Makan Malam : Sepotong ikan salai, sayur rebus, buah-buahan segar dan teh herba

Ciri khas individu jenis darah AB:

• Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
• Disarankan untuk mengambil makanan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap
• Untuk lebih bertenaga olahraga pada setiap pagi digalakkan

Menu diet yang dianjurkan utk darah jenis AB:
Sarapan : Air limau nipis, jus anggur, roti dua potong beserta satu potong keju
Snek : Yogurt
Makan Tengahari : Dada ayam empat hirisan, salad, dua biji buah plum dan teh herba
Snek: Kek keju dan teh herba
Makan Malam : Omelet dan salad buah serta kopi

Thursday, 15 December 2011

KORSET MEMBENTUK BADAN IDAMAN


MEMILIH pakaian dalam seperti korset sering menimbulkan masalah kepada kebanyakan wanita kerana kadangkala korset yang dibeli tidak sesuai dengan badan, apatah lagi apabila dipakai mendatangkan rasa tidak selesa.

Keadaan ini berlaku mungkin kerana wayar atau tulang yang dijahit pada korset menikam badan apabila anda melakukan pergerakan mudah atau ketika melakukan tugas harian di pejabat mahupun di rumah.

Meskipun tidak ada kesan luka, tetapi tusukan tulang berkenaan pastinya sedikit sebanyak menimbulkan rasa terganggu kala berurusan atau menjalani rutin harian. Justeru memilih dan memahami fungsi korset adalah penting bagi mendapatkan bentuk tubuh dikehendaki.

Pemakaian korset bertujuan untuk menguruskan badan dan untuk memberi bentuk kepada badan dengan melindungi bahagian yang tidak ingin dilihat.

Jangan salah faham mengenai fungsi korset. Apabila memakai korset , berat badan anda mungkin tetap sama tetapi anda akan kelihatan lebih ramping kerana korset membentuk bahagian badan menjadi lebih menarik dan anggun..

Korset sepatutnya selesa apabila dipakai, mudah disarung dan tidak menimbulkan kesan kesakitan kepada pemakai. Bahkan, korset sewajarnya meletakkan pemakai dalam keadaan selesa dan kemas di badan anda.

Korset 1 piece umpamanya dihasilkan daripada fabrik yg lembut, ringan, sejuk dan mudah dipakai. Ia mampu membentuk kontur badan pada lekuk tertentu, menjadikan anda tampak langsing dan menawan.

Korset digunakan bertujuan mengecilkan saiz pinggang , pinggul, perut dan paha selain memantap serta mencantikkan kembali bahagian badan yang sudah kendur. Ia juga memberi kesan ‘push up’ bagi membentuk payudara bulat dan berisi.

Penggunaan korset membantu mengecilkan bentuk badan jika dipakai berterusan selain ia didatangkan satu helai (1 piece), korset ini mudah dipakai.

Korset 1 piece juga tidak akan bergulung kerana ia hanya sehelai dan tidak mempunyai dawai pembentuk. Paling utama, ia direka khusus mempunyai lubang pada bahagian bawah korset sekali gus memudahkan anda membuang air kecil & besar.

Lubang pada fabrik itu juga cukup untuk membolehkan anda membuang air dengan selesa tanpa basah.